29hb yg lalu, genap umur aku 19 tahun. Sebentar lagi masuk alam 20an.
Sewaktu mak aku telefon mengucapkan selamat hari lahir, mak sempat bertanya, bile nak kahwin?
Sepanjang 19 tahun hidup ini. Banyak peristiwa yang aku alami. Ada manis dan pahit.
Antara kenangan pahit ialah sepanjang menggunakan blog ini di friendster. Blog friendster banyak masalah.
Terima kasih sgt2 pada kawan2 tersayang yang sanggup buat surprise party untuk hari lahir aku walaupun korang taw esok ada kuiz. Terima kasih gak untuk insan2 yang nyanyi2, telefon, mesej, terima kasih sgt2. sayang korang lah.
Kadang2 aku cuba nak melakukan anjakan.
Ada terfikir juga nak tukar selain friendster. Tapi kau faham x perasaan sayang untuk menukar blog pertama kita. Macam hilang anak isteri.
Aku pun kurang pasti dengan keputusan yang aku ambil ini. Bijak atau x? mungkin selepas ini aku akan buka blog lain yang baru. Bergantung pada keadaan. Dengan ini secara rasmi aku tamatkan riwayat blog ini. Salam.
aku berjauhan dengan connection internet untuk jangka masa yg lama. 2 minggu..
sepanjang cuti ni macam2 dah berlaku. sekarang aku duduk atas tilam. dalam kolej. dengan kata lain - holiday is over.
aku spent 5 hari cuti, antara yang terakhir di zoo. kerja amal.
setiap pagi aku akan pergi bersihkan kandang primate. beri makanan. itu rutin aku sepanjang 5 hari.
aku x sangka rupanya aku akan rindukan mereka. aku rindukan siamang dan seladang dan rusa dan bear. aku rindu ja’ah dengan uncle juga. cr rindu pa’e. abaikan ![]()
Lepas habis tempoh zoo, aku habiskan hari2 akhir percutian di kl.
Satu pagi, aku beli roti. cadang2 buat sarapan.
Bismillah. aku kunyah perlahan2. terdiam. perasaan kurang enak. tapi kurang pasti apa. aku x jadi makan.
Petang hari aku jelajah kl. aku beli buah2 potong di gerai tepi2.
Bismillah. aku kunyah perlahan2. terdiam. perasaan kurang enak. tapi kurang pasti apa. aku x jadi makan.
Bismillah. aku kunyah perlahan2. terdiam. perasaan kurang enak. tapi kurang pasti apa. aku x jadi makan.
Kebelakangan ni banyak benda berlaku sekeliling aku.
Kadang-kadang benda yang x dijangka akan berlaku. Contohnya siapa jangka sampai bila tempoh hayat kita. Siapa jangka seorang perempuan akan dibunuh?. Er macam mana boleh dibunuh? Apa sebabnya? Ok. Banyak soalan sangat yang tidak terjawab. Lebih x dijangka bila perempuan itu mak cik aku.
Macam tu juga bila kau x jangka rupanya orang yang selama ini nampak baik hakikatnya hanya berlakon. Ah dunia ni terlalu naïf dalam menghakimi manusia. Aku pun baru 18 tahun. Belum cukup matang. Setahun jagung. Kau jangan pura-pura depan aku. Aku x suka orang hipokrit. Aku layan je lakonan kau. Kami layan je lakonan kau.
Depan aku, kau bukan main baik. Pijak semut pun x mati. Kau bijak sembunyi tipu helahkan? Mesti sekarang kau rasa kau hebat. Tapi kau rasa sampai bila kau mampu berlakon? Aku tahu aku x cukup kejam. Tapi aku harap masa akan mengajar kau untuk menghormati orang lain. Kau tahu, umur kita x panjang dan x dijangka.
Er. kalau kau terasa kau orangnya, ya memang kau orangnya! Huh.
Aku tahu aku x lah baik sangat. Sejujurnya memang aku x baik pun. Masih terlalu banyak kelemahan yang aku kena baiki. Inilah manusia. Kau orang kat luar sana, kalau aku buat salah, janganlah malu-malu tegur. Tapi janganlah malukan aku depan orang ramai. Kalau kau tegur cara elok, aku boleh terima. Aku x boleh terima kalau kau cakap belakang2. Kalau kau buat macam tu, kau bukan kawan lah. Kau tu hanya pura-pura kawan. Siapa mahu kawan dengan orang pura2 kawan?
Kau orang pula bila ditegur, terimalah. Kira baik apa kawan tu nak tegur kau. Aku lebih appreciate kawan yang cakap depan dari cakap belakang. At least orang macam ni walaupun mulut dia macam cili tapi dia x ckp belakang kau. Dia x backstab kau. Berlainan dengan orang yang cakap belakang ni, depan kita nampak baik. Dan memang dia rasa dia paling baik pun. Sibuk bercakap keburukan orang lain pada orang lain. Padahal sendiri pun banyak benda buruk. Sebelum kau kutuk2 belakang, kau fikirla balik, kau lagi teruk daripada orang yang kau kutuk tu.
Aku x suka orang marah aku. Sejujurnya aku bukan jenis orang yang kuat semangat. Bila waktu aku tersangat marah aku akan menangis. Bila aku dimarah, juga menangis. Kadang2 aku malu dengan diri sendiri. Haaaihh
Ok ada lagi satu yang perlu aku reveal. Elaun aku masih x masuk. Bolehkah kau semua bayangkan kehidupan aku saat ini? Macam insan daif. Bak kata blogger Syuk : Tangisan rakyat marhaen. Aduh.
aku baca artikel dalam akhbar.
Tajuk : Cinta Sejati Kekal.
NEW YORK - Sekumpulan saintis yang mengkaji otak manusia mendapati ungkapan popular bahawa cinta sejati tidak dapat luput ditelan masa adalah benar, lapor sebuah akhbar semalam.
Saintis-saintis Universiti Rutgers dari New Jersey, Amerika Syarikat yang menganalisis otak sejumlah pasangan suami isteri yang hidup bersama lebih dua dekad, mendapati perasaan saling sayang menyayangi masih wujud sama seperti ketika mereka sedang hangat bercinta.
Kajian itu melibatkan 17 lelaki dan wanita yang mengaku cinta mereka masih membara selepas dua dekad mendirikan rumah tangga.
Kumpulan penyelidik itu yang merakamkan gambar imbasan otak pasangan tersebut mendapati ia menyamai imbasan yang dirakam daripada pasangan yang jatuh cinta dalam tempoh 12 bulan.
Dalam kedua-dua imbasan itu, bahagian otak yang bertanggungjawab mengenai percintaan dan rasa bahagia manusia, iaitu dikawasan ventral tegmental didapati bersinar-sinar.
“Jika anda bertanya diseluruh dunia sama ada cinta romantis akan berkekalan, mereka mungkin akan menyatakan tidak. Namun kami berjaya membuktikan bahawa mereka silap,” kata seorang penyelidik itu, Dr. Helen Fisher. - Agensi
p/s : jom kita buktikan ![]()
1. Apa yang kamu lakukan sekitar jam 10.17 pagi tadi?
menyapu rumah sambil menunggu mesej masuk.
2. Apa yang kamu lakukan sekarang?
menjawab tag dan masih menunggu mesej masuk.
3. Adakah kamu akan bangun 7.00 pagi esok?
Tidak pasti. Ajal maut ditangan Tuhan.
4. Orang paling kelakar pernah jumpa?
Er.. diri sendiri? hahaa
5. Takut untuk membesar?
Bergantung. Soalan terlalu umum. Membesar dari segi?
6. Matapelajaran yang teruk di sekolah?
Sudah habis sekolah. Lupakan kenangan lalu, mulakan hidup baru.
7. Kalau anda minum 10 cawan kopi, apa yang akan terjadi?
Mungkin saya sudah menjadi tauke kebun kopi dengan beberapa buah rumah dan
kereta bersama suami tersayang dan 4 orang anak comel.
8. Tidur dengan pintu terbuka atau tertutup?
Memilih tertutup. Privasi. Pepatah mengatakan : satu pintu tertutup, banyak pintu terbuka.
9. Bila kali terakhir kamu buat perkara yang kamu rasa salah?
Saat ini. Apa yang sedang saya lakukan?
10. Apa yang sedang kamu pakai sekarang?
Seelok-elok pakaian ialah sifat malu.
11. What are you listening to right now?
Listening to my heart. Crying.
12. What’s your favorite number?
29.01.1990
13. How is the weather right now?
Suram. Sama macam hati. Suram.
14. Who was the last person you talked to on the phone?
Mesin operator. Kenapa x angkat?
15.Merokok?
Tidak. Kesihatan macam bola kaca. Sekali jatuh x melantun balik.
16. Eye color?
cokelat gelap.
17. Bulan kesukaan?
Januari dan Rejab. Ramadhan pun. Kurang buat maksiat.
18. Apakah movie terbaru yang kamu tonton?
Twilight. Hanya dengar, belum tonton.
19. Hari kesukaan?
Hari berjumpa dia.
20. Jika kamu boleh cakap sesuatu pada seseorang, apa yang kamu akan cakap?
Saya berharap kamu beritahu dia. Tapi kamu x mahu sudah. Letih.
21. Pelukan atau ciuman?
Kasih sayang tidak semestinya secara fizikal.
22. Berkawan lagi dengan rakan-rakan di sekolah lama?
Kawan biar berjuta, berkasih biar satu.
23. Left-handed atau right-handed?
right-handed.left-handed.right-legded.left-legded
24. Mahu tidur dengan berapa bantal?
Bergantung kepada berapa orang.
25. Tidur dengan seseorang atau bersendirian?
Sendirian. Tapi memilih untuk tidur dengan seseorang.
26. Apa yang kejutkan kamu pagi tadi?
Keinginan untuk melihat mesej masuk. Rupanya tiada. Hampa.
27. Pernah kawan baik kamu buat onar di belakang kamu?
kalau mereka kawan baik, mereka x buat onar.
28. Memilih untuk memberi nombor telefon?
Lebih suka menerima dari memberi.
29. Mana lebih suka: McDonald’s atau Burger King?
Pisang goreng. Siriyes.
30. Mahu pergi ke Greece atau Hawaii?
Makkah. Syurga lebih baik.
31. Hari jadi yang menarik tahun ini?
Asalkan anda ingat, sudah cukup menjadikan ianya menarik.
32. Orang yg d tag?
pocek, qili, wani dan eriq.
Saya ada seorang teman. Ayah dia ada kebun binatang.
Perbualan mesej kami pada hari isnin lepas lebih kurang berbunyi begini :
Teman : Kat kebun ada beby kambing taw. Comel. Suka tengok dia jalan. Tekedek2.
Saya : Ok. Tergoda tengok bontot dia ke? Hahaaa
Keesokan harinya mesej masuk lagi. Mesej masuk tetapi saya x balas kerana saya sedang mengajar.
Teman : Beby kambing jatuh.
Teman : Beby kambing tengah tercungap2 breath for air. Orang alas kepala dia dengan glove. Kesian dia. Sedih. Beby kambing ngembek2 sakit.
2 mesej, saya x balas. Mesej masuk lagi.
Teman : Mak beby kambing tunggu je kat luar pagar. Dia nak masuk tengok beby kambing. Orang bukak pintu pagar, mak dia terus duduk sebelah beby kambing. Sedih sangat. Rase nak nangis.
Teman : Balasla oy. Sedih. Beby kambing mati. Sedih. Depan mata. Mak dia duduk je sebelah dia.
Teman : Sibling kambing pun dtg. Duduk ngan mak dia. Nangis.
(erm maaf saya kurang pasti mcm mane kawan saya boleh tahu kambing yg lain itu sibling dia, tapi memang dia cerita mcm ini ok?)
3 mesej masuk. Saya balas.
Saya : Err. Sedihnya. Kambing pun macam manusia. Ada perasaan L
Takziah. Saya turut bersedih.
Saya ada cerita lain. Ini kisah seorang bapa pula.
Ada seorang bapa.
Dia berkahwin. Setelah dikurniakan 5 orang anak, bapa dan ibu berpisah.
Bapa mengambil hak penjagaan 5 orang anak dan meminta ibu yang baru dikahwininya menjaga mereka. Ibu baru mengasuh mereka.
Rezeki Tuhan mengurniakan 3 orang lagi zuriat menjadikan jumlah anak2nya seramai 8 orang.
Sekarang bapa itu bercinta lagi. Dia hendak berkahwin baru.
Ibu baru kecil hati, pengorbanan x dihirau. Merajuk. Sang bapa tiada jalan lain.
Bapa itu ingin memulangkan anak2nya kepada bekas isteri pertama dengan bayaran RM500 sebulan untuk 5 orang anak. Seorang RM100 mungkin. Sounds banyak.
Ibu itu tiada suami dan kerja tidak tetap.
Tapi ibu terima. Ini kerana dia ibu. Fikirlah sendiri.
Jadi selepas ini bapa itu dapat berkahwin baru kan?
Tahniah. Saya turut gembira?
Ini kisah seekor ibu kambing dan seorang bapa manusia.
Cuti ini aku habiskan masa dengan bekerja secara part time.
Aku mengajar kanak-kanak seusia tadika sehingga darjah 6.
Ramai rakan2 aku bertanyakan pengalaman. Antara soalan lazim ;
Rakan : Ape perasaan ko ajar kanak2 ni? Seronok? Kau kan suka kanak2?
Aku : Seronok.
Rakan : eh, budak2 sekolah rendah gatal x?
Aku : err. x gatal. alah. Biasalah. Kanak2 nakal.
Pusat tuisyen ada 1 tandas utama.
Hari pertama mengajar. Seronok.
Hari ke 2, ke 3, ke 4, ke 5, ke 6. Seronok.
Hari ke 7.
Aku sedang mengajar ilmu hisab. Murid darjah 3. Kelas bersebelahan tandas utama.
Dua orang murid tadika berlari (gaya anak2) masuk tandas.
Tandas dengan satu singki, satu mangkuk tandas. Tutup pintu tandas.
10 minit berlalu. Mereka keluar.
Aku : Siapa yang buang air?
Salah seorang menjawab : saya dengan dia.
Aku : kamu berdua buang air?
Seorang lagi : iye.
Aku : Ok.
Mereka masuk kelas mereka. Aku tersenyum. Senyum lagi.
Seorang lelaki, seorang perempuan.
p/s : Disebabkan mashi terlalu x sabar nak bace post baru, akhirnya aku keluarkan la post baru untuk mashi. hehe